Saturday, December 4, 2010

4 december 2010

hye and hello .hari ni bertarikh 4 december 2010 merupakan hari yg plg seronok.ehhh,x betol ayat aku.hari yg seronok la.tak leh cakap paling sbb arini x de lah seronok sgt.biasa je.haha.sebab hari ni aku keluar dgn bakal doktor yg akan further studies kat Ireland dlm masa setahun lebih je lagi.jeng2.....siapa lagi klu bukan Eva Nuraizureen Bt Mohd Yusoff merangkap penolong ketua rumah Budiman masa kat Samura dulu plus dormate aku yg plg rapat dgn aku.ktorg plan nak jumpa kat mid valley.sbnrnye aku just teman eva nak jumpa radin.radin ni ex schoolmate aku,dak samura gak.tibe2 tak jadi datang la plak.haizz..pantang btol aku bila dgr laki tak tunaikan janji ni.dah ajak org keluar pastu tak jadi pulak.len kali plan la betul2.kalau aku dapat la pakwe macam ni mahu nak kne belasah dgn aku.pantang betul la aku.*tibe2 hangin x tentu pasal.haha

plan dgn eva kol 11 dah kne masuk komuter.tapi hampeh btol komuter ni.aku bajet nak datang awal dri eva.saje arh nak jalan sensorg kat mid tu.aku gerak ar gi kepong sentral dlm 10.30 cam tu.last2 aku kne tgu komuter smp 11stgh.mmg bengang sguh laaa.komuter tak penah la nak datang awal.rasa macam nak baling batu je.biar habis sume tingkap dia pecah.penat tau tunggu lelame.haishhh....

sesampai je mid aku pon jalan dan jalan.time ni eva kat MPH.dia sampai dulu dri aku.ceh.pewhhh.terpesona aku dgn decoration christmas kat centre court tu.lawa beb.dengan bear2 besar gedabak.comel gile.rasa cam nak bawak balik rumah je.rasanya last year aku dtg mid tym2 nak christmas takde la smp nak tauk teddy bear besa2 kat situ setakat pokok christmas dua tiga batang je.usha la sket gambar kat bawah ni kalau tak caye cite aku.huhu.

pastu aku dgn eva gi makan.tempat makan pilihan dah semestinya pizza hut.dah lama rasanya tak makan pizza.aku ni memang hantu pizza.dalam komuter tadi pon dah terliur asik igt nak makan pizza je.huhu.then,masa makan sembang2 la dgn eva.cite hal dedulu dgn sekarang.wahhh..macam2 cite la ktorg becerita.almaklumlah dah lama tak jumpa kan.tetibe teringat samura,buddy one.gile rindu doe.lepas makan gi window shopping.memang tak la nak shopping kat mid ni.shoping kat hinode mampu la.sebab mostly barang RM5.huhu.

ktorg balik around 3 stgh cam tu laa.sebab eva nak keluar dgn family dia.aku rase ni la first time aku balik awal.salunya payah nak dpt peluang balik awal bila gi mid.nak2 kalau keluar dgn f7+1.memang haru la.kol 7 lebih baru sampai rumah.nasib baik masa balik tak tunggu komuter lama sangat.dah la aku cuak balik sorang2.bajet je.time pergi tadi tak cuak pulak.sorang2 gak.oo ye,lupa nak story.ni la 1st tym aku keluar sensorg tanpa ada org teman.maksud aku dri kepong sentral smp la ke mid tu.aku sorg2 je tau.ajak furqan dia taknak.baru bangun la ape la.byk tol alasan ko ek furqan.akak kau merajuk ni tau.cepat pujuk.huhu

sampai rumah around 4 lebih.suh adik aku amik kat kepong sentral.x larat ar nak jalan kaki balik rumah.dah la aku sakit perut.sengugut.biasa la penyakit org pompuan yg dtg tiap2 bulan.






sampai je rumah terus masuk bilik.pas bukak tudung aku pon berlingkar la atas katil sambil on facebook.chat dgn afiqa.cite hot punye dgn awek ni.ada ke promote aku kat senior dia.dah la senior dia dak puncak.mane nak sorok muka bila balik puncak nanti.adoi.dia kata ada kawan senior dia nak berkenalan dgn aku la.jadah apa nye nak kenal2.mampus tak layan.huhu.nak kenal tapi tak wat pape lagi.takkan lah aku yg nak kena start dulu.macam perigi cari timba plak kan.aku on je kalau org nak berkenalan.asalkan takde niat buruk dah la.huhu.

out dari facebook.duk tgok tv sambil tunggu kepulangan ibu tersayang.mak aku ni keje asik gi outstation je.ni la padahnya jadi anak juruaudit ni.dari kecik sampai besar asik kene tinggal dgn mak je.sian aku.dah la anak dara tunggal dlm family.haha.padan muke kau aliaa.isk3.kejamnye ayat aku.ok.cerita habis.bersambung...



Sunday, November 21, 2010

kisah Mr.H

salam and hye semua.lihat title dia atas.Kisah Mr.H.post kali ni aku nak cite pasal apa yang berlaku malam tadi.malam tadi aku hantar sms kat Mr.H tanya dia pasal stpm start bila.tiba-tiba je dia ni ungkit kisah 5 tahun lepas.5 tahun lepas iaitu bersamaan dengan tahun 2005 sama dengan time ni aku baru form one.masa form one la aku kenal Mr H ni.time ni aku baru masuk sekolah menengah.(mcm org len tak tau plak,da form one mesti la sekolah menengah).haha.Mr H ni kirenye peminat aku laaa.nak bagi korg lebih faham dia ni suka kat aku.Mr H ni pengawas dan dia ni agak femes la dlm kalangan budak2 perempuan form one.aku pon tak tau kenapa.rasanya bebudak tu fikir dia hot kot.ishhh.geli je aku dgr.aku igt lagi dulu aku salu gaduh dgn dia.aku pon tak tahu kenapa.aku rasa dia ni sangat annoying laaaa.heisssshhhh.aku memang tak suka sangat dia ni.

satu hari tu ada org bagitau kat aku Mr H ni suke kat aku.pewwhhh.aku mcm tak percaya plak.ye laa.dulu dia ni suke kacau aku.tapi cara dia kacau aku tu,memang sangat2 membuatkan aku benci dia.plus aku pon suke kacau dia.cara aku kacau dia pon boleh dikatakan boleh buat dia benci kat aku.dulu time lower form memang aku ni nakal sikit.sikit je laaa.haha.since aku tau dia suka aku,time tu la dia start bagi love letter kat aku.tu la love letter pertama aku.salu aku dengar bila pompuan dapat first love letter dorg mesti simpan surat tu.tapi aku bukan mcm tu.lepas je baca surat tu aku terus koyak dan buang.walaupon dalam hati aku sedikit bangga dapat love letter tu.haha.entah laaa.masa ni aku form one kot.apa aku tau pasal cinta2 ni semua.haisshhh.oh yea,lupe nak bgtao Mr H ni form two tym ni.

aku pelik betul laaa.time aku form one ni la ade orang suka kat aku.time form one ni dah la tak tahu apa2 pasal cinta,couple jadah sume ni.dan masa ni la first time aku start kapel.wahhhhh.macam tak percaya je doe.ehhhhh,jgn salah faham plak.time ni aku tak kapel dgn Mr H ni.aku kapel dgn Mr K.kirenye ade dua orang la suka kat aku.time ni aku bodoh2 lagi.tak pasal2 aku gi trima tawaran kapel dgn Mr K.haha.so,aku pon dah melukakan hati Mr H.sorry Mr H.

aku tak nak cerita sangat la pasal Mr K ni.sedih siot kisah cinta aku dengan dia.rasa macam cinta terlarang plak.boleh dikatakan dia cinta pertama aku laa.haha.tapi ktorg still lagi contact each other.rapat macam dulu gak.tapi skang dia dah ada awek.aku je takde sape2 lagi.cis.ade perasaan cemburu di situ ye.

ok.kembali balik pada tahun 2010.lepas spm aritu aku dgn geng2 F7+1 kerja kat koperasi skolah lama ktorg tu.dan sejak aku kerja kat sana aku start contact balik dengan Mr H.dah lama sbnrnya aku tak bertegur sapa dgn dia.lepas je aku habis form 1 memang x tegur dia langsung la.sebab dia sekolah pagi.form 3 kan dan aku form 2.dan pastu masa form4 aku pindah sekolah.kire dah lama gila la x bertegur sapa.

time aku kerja kat sana aku terkejut gak jumpa dia kat sekolah.rupanya dia amik form six.ada satu hari tu,form six ada wat program diorang yang melibatkan koperasi.so since hari tu ktorg start bertegur sapa dan exchange no phone.dia ckp kat aku malam tadi yang dia happy sangat2 dapat no phone aku.hekeleh.aku biasa je,dia plak yg lebih2.cis.malam tadi lah dia start luahkan perasaan kat aku.dia cakap dia memang suka gile2 punya suka la kat aku.pelik2.dah 5 tahun berlalu dia still tak dapat lupakan aku ke??haishhh.then,aku pon tanya la dia knapa dia suka sangat kat aku.

aku:kenapa kau suka kat aku?
Mr H:aku suka keperibadian ko,cara ko berckp,ur behaviour,ketaatan ko pada Allah.
aku:ouh ye er?anyway thx la sebab suka kat aku.

pewhhh.tak pernah lelaki cakap mcam ni kat aku.dalam hati aku,aku rasa agak seronok la gak sbb ada gak lelaki yg suka aku.bukan senang tau org nak jatuh cinta kat kita.tapi aku rasa aku tak boleh nak balas cinta dia lah.hati aku ni tak terbuka lagi nak terima mana-mana lelaki,even aku ada minat sorang laki ni.aku suka kat laki tu since aku masuk uitm.haha.dah2.aku tanak cite pasal dia.

dear Mr H,
aku nak mintak maaf sangat2 kat kau.aku memang tak boleh nak balas cinta kau.anyway thx sebab suka kat aku,hope one day ko jupe perempuan yang lebih baik dari aku.utk pengetahuan kau,aku ni tak la baik sangat.aku ni nakal sikit tau.hehe.semoga persahabatan kita kekal lama.=)



p/s:bila agaknya cite Alisa kat tv3 ni nak habis?haha.masa aku tulis mende ni aku tgh tgok cite ni.hensem gak kan hero dia.=)


I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.


poem ni takde kene mgene dgn sapa2 pon.tiba2 aku terbaca kat satu web site ni.rasa sweet plak bila baca banyak kali.hehe....








































Saturday, November 20, 2010

tamat la sudah satu perjuangan



dah lebih seminggu ak balik cuti sem baru terbuka hati nak update blog.dah berhabuk blog ni.ade ke org nak baca?haha.anyway thx kepada junior aku MUHAMMAD FURQAN yg beria-ia suruh aku update blog.seronok sgt ke baca blog aku ni?haha oke2.post kali ni aku nak cite pasal berakhirnya sem satu aku kat uitm puncak perdana.haha.dah seminggu lebih cuti sem baru nak cite ke?tah pape aku ni.takpe2.aku nak cite gak.tapi sikit je laaa.sebab aku malas la nak tulis pjg2.heeee =)))

aku rase sem 1 ni agak mencabar doe.yelaaahhh.dah la budak fast track accountancy.plus aku ni takde basic langsung pasal akaun.mmg zero laa.dulu dah la budak sekolah sains.tup2 masuk u amik akaun.mmg stress la gak aku.tapi Alhamdulillah.akhirnya aku dapat gak lalui sem1 wlpon banyak ujian.maklumlah,tibe2 masa sem1 ni kena jadi ad-hoc untuk JPK.memang busy gile laaah.ooo yeah,JPK tu stand for JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ.JPK ni la yang handle sume program kolej.aku dah buat satu keputusan,yang aku rasa akan mengubah cara hidup ke utk sem2 taun depan iaitu dgn melepaskan satu peluang utk menjadi JPK.aku,kd dgn afiqah buat keputusan ni sbb ktorg tak boleh nak bahagikan masa.tu je reason dia.hee =).biarlah org nak ckp kami ni tak professional ke ape.yg penting kami dah buat keputusan yg kami rasa betul.kan2????


errrrr....cite pasal final exam plak.pewhhhhh.first time exam kat u.mengelabah laa first day tu.padahal paper CTU je.haha.Alhamdulillah.habis sume paper aku jawab.serius aku cakap final exam ni susah tahap dewa-dewi laah.tapi aku buat je pe yg aku tau.aku dah berhempas-pulas utk sume paper.stay up smp pagi.pastu bangun pagi2 siap2 gi library.harap semua usaha yang aku buat ni berbaloi.aminnn.tetibe terigt kenangan kat library.haha.salu gak la aku lepak kat library tuh selalu dgn housmate aku,syidah dgn shah dan tak lupe gak dgn afiqah.yang paling aku tak leh lupe ktorg salu makan coki2 kat dlm tu smp dustbin penuh dgn plastik coki2.



ni contoh gambar coki2 kpd sapa yg tak tao coki2 tu ape


last paper adalah pada 10.11.2010 iaitu paper MGT 153.pewhhhh.killer paper bai....susah doe paper last ni.dah la ketas kaler pink.setahu aku kalau ketas dia kaler pink mmg tahap yg susah la tu.papepon paper tu dah lepas.tak yah la igt2 lagi.haha.tunggu je la result tu nnt.haisshhh.dah la carry mark aku ciput je utk MGT ni.habes aku.- ______-.dan pada petang itu tepat pukul 5.15 merdeka la kami semua bebudak sem 1 fast track accountancy ni.maka berakhirlah satu perjuangan aku.=)))


masa untuk berfoye-foye plak.pada 11.11.2010,aku dgn geng2 aku gi sunway pyramid.geng2 aku ni terdiri drpd 7 org.mereka adalah kd,syida,afiqah,shah,fahmi dan afiq.next sem geng ni tinggal 6 org.sebab afiq dah takde.hurmmmm.sedih gle kot.afiq ni dah la baik pandai plak tu,tapi dia takde rezeki kat uitm puncak perdana sbb next sem dia tuka uitm lain plak.huwaaaaa...afiq!!nape la kau pegi tglkan ktorg??!!tapi takpelahh.ktorg sume respect dgn keputusan kau.masa kat sunway ni ktorg makan,main bowling dan yg plg best cari hadiah utk afiq.haahaaa.time ktorg gi cari hadiah utk dia,dia sedap2 tido kat popular.sampai ktorg gi mane pon dia tak sedar.so sng kerja ktorg cari hadiah nak wat suprise kat ko fiq.bagus2!haha.


banyak btol kenangan masa sem satu ni.banyak gak perubahan yg berlaku dalam hidup aku.kehidupan aku memang tak sama lah kalau nak dibandingkan masa aku jadi budak sekolah dulu.perubahan yang bagus.aku suka.heeee~~apa2 pun aku harap satu-satunya impian aku since aku jejakkan kaki kat uitm ni akan terlaksana dgn izin Allah.amin.


p/s:furqan,next post je la akak cite pasal koperasi tu ye.hehe...=)



Tuesday, September 7, 2010

raya ku bosan

Salam and hello guys.lama tak update blog.alasan yang sama lagi.MALAS.haha.lagi 3 hari lagi nak raya.fine ahhhhh.tahun ni buat kali keduanya aku tak rasa ape itu raya.raya tahun ni buat kali kedua beraya di KL.bapak bosan doeh.sejak arwah opah meninggal,semua dah jadi lain.aku sedih sangat.aku dah tak rasa raya.aku rindu opah.dah la masa arwah meninggal aku tak sempat jumpa dia buat kali terkahir.sedihnye.walaupun dah setahun berlalu,aku masih tak dapat lupakan apa yang jadi masa arwah meninggal.(air mata mengalir masa menaip).but,aku kena jadi tabah untuk hadapi semua ni.terlalu banyak dugaan dan ujian yang Allah bagi kat aku.dan semua ini lah membuatkan aku jadi seorang yang tabah.Alhamdulillah.smp sekarang aku masih mampu untuk bertahan.semua atas dorongan kawan-kawan.takpelah.aku redha.kadang-kadang aku menangis bile terigtkan zaman kanak-kanak aku.sangat excited bila time raya.tapi sekarang benda ni semua aku dah tak rasa dah.sedih sangat bile dingatkan balik.rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak balik.tapi apa boleh buatkan.keputusan mak dgn ayah muktamad.tak kan balik kampung raya ni.bayangkanlah raya pertama.just duduk rumah tengok tv dan makan.kalau kat kampung mesti boleh raya rumah sedara.arghhhh!!benci raya tahun ni!!

Saturday, July 17, 2010

UiTM dihatiku

Assalamualaikum,hai and hello.

wahhhhhhh.sudah lame tidak berblog.haha.almaklumlah sudah busy dgn kehidupan seharian sebagai mahasiswi.haha.baget gile aku.untuk pengetahuan korg,aku sangat bahagia di sana.aku telah dikurniakan housemate yg baik dan havoc sekali.ahhhhhh.aku sgt sayang mereka.walaupun ktorg kenal tak sampai sebulan pon lagi,ktorg dah boleh get long antara satu sama lain dan yg pastinya ktorg sangat unite!haha.tibe2 teringat kat budak2 dorm pulak.budiman satu.rinduuuuuu sangat!dulu dalam dorm 16 orang.sekarang housmate ade 8 orang.sekarang dah nak masuk minggu keempat aku kat sini.kelas pon dah bermula.alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.sekarang asignment tak banyak lagi.aku ditempatkan di group B.kelas ni ok laa.cume aku tak berapa nak rapat lagi dengan classmate aku.tapi aku akan cube rapat.dah 3 tahun aku jadi budak baru.benci btol.first masa form 4 kat samura then masa form 5(kene tukar kelas).dan sekarang life kat u.so,dua tahun pengalaman menjadi budak baru tak la susah mane pun.cume kena jadi peramah la.baru org kata kite ni tak sombong kan.huhu.anyway,aku sangat bahagia kat sini.kehidupan aku tak sama macam kat samura dulu.tapi aku harap sangat dekat sini lah aku akan berjaya,aku taknak ulang kesilapan yang aku buat masa spm dulu.tapi aku takut.keyakinan aku mula luntur sebab course yang aku ambik ni bukan bidang aku masa spm dulu.so,agak susah utk aku carry.dah la fast track pulak tu.mati aku.dulu budak bio,skang jadi budak akaun.jauh menyimpang aku neh.haha.tapi takpela.i'll try to do the best.so sape2 yang baca blog aku ni,doa2kanlah aku berjaya ye.mudah-mudahan kita semua berjaya dalam hidup ini.aminnn.

p/s:20/7 besday aku.sape wish dgn mghntr msg kat aku akan dapat free kol dari aku.HAHA.excited plak first tym guna free kol nih.hihi



Wednesday, June 2, 2010

entah


ASSALAMUALAIKUM...


wahhhhhhhh....dah bape minggu or dah bape bulan tak update ni?hahaha
saya bukan malas ye,sebenarnya saya ketandusan idea untuk menulis blog.
tapi hari ini 3jun2010 tibe2 ade idea pula nak tulis blog.hehe
kira-kira hanya tinggal 23 hari saja lagi sebelum melangkah ke alam universiti.
alhamdulillah,step pertama sudah dilaksanakan.baru buat medical check up
last week dengan FATIN HARTIQAH ASMIEZA BT BAHARUDDIN (panjang wehh name
kau).itu je lah yang baru buat.yang lain tak buat ape lagi.mak sudah bising suruh fotostet dokumen2 yg berkenaan untuk disahkan.tapi aku buat dekk je.hahaha.
nanti lah buat.masa masih panjang.semalam sembang dgn mak.mak seperti risau akan perbelanjaan apabila aku masuk uitm tu nnt.aku cuma berdiam diri.aku rase serba salah pulak.lepas ni mak terpaksa lah kuar duit lebih untuk aku.




lihat gambar diatas.hehe.gambar ni diambil masa MAC kat samura.walaupun aku bukan penerima anugerah aku tetap datang memeriahkan majlis.sanggup ouh dtg dari KL ke muar semata-mata nak gi samura jumpe junior dorm.dorm BUDIMAN SATU sudah lain sangat.makin cantik.walaupun dorg cat mcm comot sikit.hehehe.super junior ramai.11 orang.ohhh yeah!malam tu aku diberi peluang buka majlis masa al-mulk.wahhhhh..rindu nye masa ni.dah la kat rumah jarang baca al-mulk.masa baca tu pon sangkut2.hahaha



p/s=nak tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN
tapi macam takde orang nak teman.
nak ajak geng aku mesti sume tak nak
dorg mane layan cite melayu ni.
sape nak teman aku neh??=.=

Tuesday, May 4, 2010

UiTM.langkah pertamaku...

ASSALAMUALAIKUM.....

lamenye tak update blog.haha.1 may yg lepas,keputusan IPTA telah diumumkan.tapi aku tak check masa 1 may tu.malam 30 april tu dah keluar dah keputusanya,and aku sangat gembira sebab aku dapat jurusan yang aku nak.walaupun ini pilihan kedua aku.aku dapat jurusan DIPLOMA PERAKAUNAN kat UiTM.alhamdulillah,syukur dgn apa yg Allah kurniakan buat aku.walaupun kawan2 aku yang lain dapat course yang lebih baik,maksud aku ramai yang dapat course asasi di UM dan sbgainya,aku tetap syukur dgn apa yang aku dapat.daftar 26 june.wahhhh.lamenye lagi.btw,aku dah benti keje kat koperasi tu.rase menyesal plak sbb tak tahu pas ni nak buat apa kat rumah.hehe.ouh lupa nak bagitahu.aku dapat Uitm shah alam.actually,aku pon x berapa jelas dgn Uitm mane yang aku dpt.either shah alam or puncak alam.sebab kampus aku B3 - UiTM Kampus Seksyen 17
mak aku cakap kampus ni kat shah alam.so,ape2 je la.tak kisah la mana2 pon.sekali lagi aku bersyukur ditawarkan ke Uitm yang dekat.so tak payah la susahkan parents aku lagi nak hantar aku jauh2.hee~~

tapi aku rasa mcm tak best la plak dapat dekat.kalau boleh nak jauh sikit.sebab boleh travel.hehe.ape2pun aku memang tak sabar nak hadapi kehidupan kat universiti nanti.harap2 sumenye berjalan dgn lancar sampailah aku graduate nanti.mungkin dalam masa 5 atau 6 tahun nanti,aku bakal jadi akauntan bertauliah.aminnnn.semoga impian aku tercapai.aminnnn.......




Saturday, April 17, 2010

matriks ku

Assalamualaikum.hari ni post aku pasal matriks.aku dapat KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.ciss.lain yang aku mintak lain yang aku dapat.tapi,aku ade mintak ke matriks ni hah?lupe la.sebab aku tukar 2 kali.yang aku ingat 1st choice perak,2nd johor,3rd melaka.haishhh.nape aku pilih perak?sebab ak nak pegi belah utara plak.dekat dgn kampungku.hee.dah lama tak balik kampung ouh.

nak pergi ke tak nak ni??ramai yang ckp tunggu upu.tapi kalau tak dapat course yang aku nak camne?adoii.tensen betul lah.takpe2.kalau tak dapat aku akan pergi matriks.yes!aku nekad ni.haha.ouh yeah,ramai betul budak samura dapat matriks negeri sembilan ni.terasa sikit lega dan seronok.haha.btw,geng f7+1 aku,cuma husna sorang je same.yeah!una..i love you.haha.tension betul lah fikir pasal masa depan ni.ishhh....

Monday, April 12, 2010

lesen oh lesen

Bile la ak nak dapat lesen ni hah?kelas dah bape jam pon ak tak kire.test pon tak start lagi.ak dah cukup konfiden dah ni nak test(lebih dri konfiden ak masa jawab spm)haha
mintak2 pass la test jpj ni.aminnnnn.tapi ak dah ade lesen ni pon bkn boleh selalu drive pon.x de keta nak bawak lah.keta mak ak NISSAN X-TRAIL besar gedabak ouh.x berani nak bawak lah.so,kena la pujuk ayah suh beli myvi ke,proton saga ke.haha
(bajet ayah ak nak beli pulak,result spm ko biasa2 je lah,cik aliaa oiii!!)heishhh.....


semua orang sibuk interview sana sini.
jeles sial dgn korang!ak tiap2 ari baca status korang kat facebook
nervous lahh..wehhh cuak la besok....siap post tips untuk interview lah...
tah amende tah korg nih.
haha.btw,tahniah la buat korg yg dapat tawaran biasiswa tu.(jeles doeh)
aku ni tensen gile pikir psl biasiswa ni.mane nak cari lagi
ade ke biasiswa untuk pelajar yg bukan straight a pon boleh dpat ha?
adoiiiii............
takpe2,ak yakin ni semua ujian yg Allah bagi untuk ak.ada hikmah di sebalik semua ni.maybe rezeki belum sampai.doa je la.
yang dapat biasiswa tu,once again congrats.jgn la sia2 kan peluang yg diberi.
ok bye!

p/s=masih tidak dapat lupakan madinah dan mekah.nak pergi lagi!!!kalau boleh ak nak stay terus kat sana lah.tolonglah!!!ak sgt cintakan masjidil haram.rindu nak solat jemaah kat sne.plus rindu gile nak main 'rugby' dgn makcik2 dan nenek2 arab dekat pintu keluar masjid.haha

Saturday, April 3, 2010

umrah








ASSALAMUALAIKUM....khaifa halak??ceceh....dah pandai siot aku cakap arab sejak balik umrah ni.perjalanan 10 ari yg sgt2 memuaskan.aku seronok tak terkata dah ni.walaupun sedih meninggalkannya.seriusly,aku sedih tinggalkan mekah,tinggalkan rutin seharian aku selama 10 hari ni.bila agaknya aku boleh pergi umrah lagi kan?heee....


tanggal 21 mac.pada tarikh ini lah aku berlepas.flight pukul 3.mood excited tahap gaban ar.first time ouh naik flight.tapi,dugaan dan cubaan bermula kat sini lagi(KLIA).lepas solat zuhur,cari ayah tak jumpa.ingat dia sesat or pengsan ke apa.penat aku dgn mak aku cari.padahal ayah dah masuk flight dah.ahhhh....lega.perjalanan ambil masa 8 jam.adoiii.lenguh kaki aku.dah ar seat economy.sempit giler!!makanan kat flight seriusly tak sedap langsung.wekkkkk....tapi nak wat cane,telan je ar.stewardess dia x cun mane pon ouh.dah ar garang...bweekkkk!!!benci gile..haha.




seatku tepi tingkap ouh...best2!!



sampai kat airport jeddah masa maghrib (waktu msia=12 malam).sekali lagi kesabaran diuji.dekat imigresen dia paling x boleh belah ar.tunggu lama giler.tak sistematik langsung ouh.dekat satu jam setengah tunggu nak lepas imigresen.plus staff yang sangat kurang ajar.tak ade budi bahasa langsung.hampeh!!


ni lah imigresen jeddah

perjalanan diteruskan lagi.kali ni menuju ke madinah.8 jam lagi naik bas.adoiiii.gile arh.semput aku.dah la penat naik flight,plus 8 jam lagi naik bus.adeh.sabo2.

sampai madinah waktu subuh.check in dah terus masuk bilik.bilik hotel not bad ar.besar dan selesa la jugak.lepas solat subuh kat dalam bilik terus turun bawah.mutawif2 membawa kami ke masjid nabawi.cuaca madinah agak sejuk.best ouh.aku agak teruja bila kaki ku menjejak ke dalam masjid nabawi.lawa.tu je yg boleh ak gambarkan.seriusly,lawa sgt2!!mutawif membawa kami jalan2 sekitar masjid nabawi.yang lelaki dibawa ke tempat makam rasulullah s.a.w ditempatkan.perempuan tak salah aku tak boleh masuk.tak tahu kenapa.kami yg perempuan hanya boleh masuk ke rhaudah sahaja.lepas tu kami yang perempuan ni masuklah ke masjid nabawi.sebelum masuk,beg kena check.tak boleh bawak masuk handphone.strict ouh guard kat sini.nak tergelak aku diorang boleh cakap melayu.tapi x de lah melayu sgt,more kpd indon ar.haha.


entrance masjid nabawi



ziarah di madinah pula.first2 pergi ke masjid quba' iaitu masjid pertama dalam sejarah islam.masjid ni juga merupakan masjid ke4 termasyhur selepas masjidil haram,masjid nabawi dan masjid al-aqsa.lepastu pergi jabal uhud atau bahasa melayunya bukit uhud.kat bukit uhud ni ada satu tempat perkuburan,iaitu kubur saidina hamzah.perjalanan diteruskan lagi ke kebun kurma.pokok semua takde buah la.sekarang musim sejuk.utk pengetahuan semua pokok kurma hanya boleh berbuah pada suhu 50 darjah celcius.panas doeh.
ni lah masjid quba'




jabal uhud


kat sini lah kubur saidina hamzah



kebun kurma
ustaz hanafi yg ambilkan fotonya.makasih ya ustaz
selamat tinggal madinah.tarikh 24 mac,kami gerak menuju ke mekah untuk menyuempurnakan ibadah umrah.niat miqat di bir ali,solat sunat ihram di sana juga.perjalanan mengambil masa 5 jam kot.(ak x kire bape jam,bangun2 dah sampai)haha.sampai mekah pagi2 buta.sampai hotel(bilik kecik,x berapa nak selesa.better lagi madinah)letak barang then terus turun.tunggu ustaz hanafi.lepas tu terus menuju ke masjidil haram.besar gile masjid ni.lawa!!!mood excited gile.lagi2 bila tgok kaabah depan mata.masa ni aku tak sangka ouh.selama ni tgok kat tv je.at last,aku dapat tgok secara live lagi tuh.perghhhh.rase nak nangis pon ade.mula2 sampai buat tawaf 7 kali pusingan keliling kaabah.masa ni tak panas.sebab time malam.lepas habis tawaf buat saie.yang ni penat sikit ouh.tiap2 ari buat kurus aku.dah habis saie boleh la bercukur.so,bebas lah dari larangan ihram.wahhhh...x de la susa sgt pon.hehe.masa ni subuh ak tak pergi solat kat masjid,penat punye pasal.



ni dia masjidil haram


menuju ke kaabah

ziarah luar pula.mula2 pergi ke jabal thur.jabal thur ni sejarahnya tempat persembunyian rasulullah dan saidina abu bakar.lepastu pergi ke jabal rahmah.kat sini lah tempat pertemuan nabi adam dgn siti hawa setelah berpisah berpuluh-puluh tahun.ustaz kata,kat sini tempat ramai org cari jodoh.entah btol x ni.haha.nak je aku tulis nama aku dgn name tuttttttttt kat bukit tu.hehe.aku,ayah dgn mak sempat naik bukit ni.tapi yg sleknya,dekat tangga tu bersepah dgn pengemis.plus org jual2 kat situ.crowded nye lah tempat tu.

jabal thur




tinggi ouh aku daki jabal rahmah ni


keesokan hari nya.ziarah diteruskan lagi.kali ni pergi ke ladang unta.haha.comel gile unta2 tu.kat sana boleh rase susu unta.tapi aku tak rase pon.geli aku susu2 ni.next,menuju ke masjid hudaibiyah.aku x berapa fokus la time ni.ustaz tu sebuk cerita pasal sejarah masjid tu.aku buat dek je ouh.haha.bosan.then,pergi ke muzium.pastu balik hotel.




pengembala unta tgh perah susu unta




masjid hudaibiyah



muzium


30 mac merupakan hari terakhir aku di mekah.teramatlah sedih.rase berat gile nak balik.masa tawaf wida',aku nangis.sedih nak tglkan rutin harian aku selama ni.sedih nak tinggalkan masjidil haram,kaabah.alhamdulillah.aku sempat berdoa kat hijir ismail(tempat mustajab berdoa),aku harap sangat aku diberi kesempatan untuk melawat tanah suciMU lagi ya Allah.aminnnn..sungguh,ini merupakan kenangan plg manis dalam hidupku..


bertolak ke airport jeddah petang.flight pukul 11.30 malam.jenuh ouh tunggu.haha.ada satu kejadian sweet berlaku kat airport ni.tak boleh cerita.nanti kalau si dia baca blog ni,kembang pulak.maleh ar.ouh yeah.lupa nak tambah.aku demam siot time ni.ahhhhh..nasib baik ar dah nak balik.dalam flight asik tido je.so x de la rase lama sgt dalam flight.alhamdulillah,at last aku selamat pergi dan balik.pengalaman paling manis.semanis kurma(byk sgt mkn).


p/s=kepada geng2 f7+1,emma,peah,wani,anas,dan sipot
ade ole2 nak bagi korg ni
kapan mau jumpa ni?
rindu korang semua!



Saturday, February 20, 2010

kelas memandu



Tangan aku lenguh gila nak mati gara2 pegang stereng kereta.adoiiiiii...dgn kaki2 aku skali.bukan senang doe nak bwk kereta ni sbnrnya.bagi aku laa.parking,dgn tiga penjuru aku dah oke.naik bukit???adoyaiii...susah gile doeh.aku rase mende ni plg payah skali.pak cik suhaimi yang ajar aku bwk kete ni pon cam tensen je aja aku yang x pas2 lagi naik bukit ni..cisss....sabo2.ishhhh...mcm susah pulak laa aku nak dpt lesen P ni.


contoh kete yang aku drive..kekeh




arini aku masuk keje agak lewat,tapi b4 kol 8 arh.sampai2 je tekejut gila aku.pehal kecoh semacam je paparich ni.rupa2 nya ade show lion dance.rugi doe aku dtg lambat.klu x mst dpt angpow dri lion tu.hehe.ade family big boss kat dalam.cuak aku bila big boss tu pgil aku.rupannya nak minx warm water 5 gelas.aku pon pegi la cakap kat mandy kat kaunter cashier.aku ckp kat dia meja 6 minx warm water 5 gelas.rupanya big boss tu kat meja 7.adehhhhh....tersilap cakap pulak kat mandy.ishhh,gelabah punya pasal.

tgok gbr coklat kat atas ni.ni hahhhhh.coklat ni,anak pompuan big boss aku yang bagi,a.k.a future wife mr jefferson(boss aku yg ensem).aku rase coklat ni dia beli mst mase dia tgh fly kat overseas.dia ni sbnrnye pramugari.cun gile doeh!


p/s:dgr cite result spm akan dihantar kat JPN 28 feb ni.so,result spm aku diumumkan 16 mac.aku dgr cite laa.tym ni sume dak2 plkn dah balikso aku rase btol la ni.adoiiii...cuak seyh.bape la yg aku dpt utk spm ni.


"YA ALLAH,KAU KURNIAKANLAH AKU SEBUAH KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG KEPADA KU SERTA RAKAN2 SEPERJUANGAN KU YANG LAIN.SESUNGGUHNYA AKU HANYA MAMPU BERTAWAKAL KEPADAMU DI SAAT2 AKHIR INI YA ALLAH.AMIN...."






Wednesday, February 17, 2010

central market,petaling street









Lihat ini gambar.haha...semalam aku dgn geng2 f7+1 aku gi rongeng KL.gi central market atau lebih dikenali dgn short form nye CM.ni merupakan first tym aku dgn dorg jejakkan kaki kat sini.cam siot je tym neh.kecoh gile bile smp.macam org2 kampung yg bru first tym datang kl.haha.bese ar geng aku.mmg kecoh habis.

Tym ni memang aku rambang mata tgok barang2 kat situ.benda petama aku beli adalah gelang.harga RM10.tiba2 aku berkenan pulak tgok gelang tu.cehh,padahal aku bukan suke sgt pakai gelang2 ni pon.aku rimas.pusing2 lagi tiba ternampak rantai.tulis kat situ
1 RANTAI RM 7,2 RANTAI RM10.aku pon cam berkenan,ape lagi beli lah.hehe.budak2 perempuan,standard ar tuh beli2 rantai,gelang,subang bla...bla..bla....
geng2 aku depan CM.credits to kak umi
tgh cari gelang dgn rantai


Lepas gi CM,ktorg trus gerak gi cari mcd.lapa seyh.so pegi la mkn kat mcd sebelah petaling street.aku,ct,fatin,dg kak umi mkn satu set big mac dgn ais krim sundae coklat rm1.50,mcd punye promosi.mengah gile mkn big mac ni.besa nak mampos.lepas ni aku x nak mkn big mac dah.naseb bek aku x mkn depan laki.aku mkn comot gile tym ni.so peringatan kat sape2 yg tgh dating dgn pakwe korg tuh jgn makan burger.x senonoh,makan comot depan pakwe korg.kekeh...lepas makan rongeng china town pulak.





ni la suasana petaling street
sesak dow tym ni..ramai gile orang



tym ni aku dgn dorg tgh cri spek itam



aku dgn nad beli spek ni
harga rm15,brand channel,kekeh



p/s:aku dah malas nak keje laaa....penat doe,cukupla smp blan2 ni je aku keje.lepas ni aku nak dok umah bertawakal.aku serahkan semua nya kepada yg esa.aku harap sgt2 result spm aku cemerlang.semua A utk setiap subjek yg aku amik.amiiiiinnnnnnn.....(rindu samura)

Monday, February 8, 2010

penatnye minggu nih






Aku penat.tu je yang mampu aku cakap.last weekend lagi,lagi,lagi ar penat nak mampos.sabtu tu aku gi klcc dgn fatin,nadia,ct dgn jati.kol 10 gerak pegi kepong sentral.ramai la jugak.cisss.benci aku nek komuter ni.dah la ramai.pastu drop kat kl sentral.peruk ku lapar gile.gi makan kat mcd.pas mkn trus gi bli tiket gi klcc.mase aku smp klcc dlm kol 12cam tu la.2 jam perjalanan.macam aku dri kl nak ke muar je lamanye.cissss.sesampai aku disane,misi mencari boo pulak.siot nye la mamat nih.mmg misi aku gi klcc nak jupe dia pon.cam siot kan mamat ni.ugut aku.kalau jadi pape kat awek dia,fatin tu,dia ugut nak cri aku sampai lubang cacing.ape lagi,panas la aku.tak suke la org men ugut2 ni.dia pon satu,kerek je ugut pompuan.mcm la aku x reti nak jage kwn baik sdr.huh!!!!ko cam silap besar arh ugut pompuan yg x makan saman cam aku ni.igt aku diamkan je ke.klu x sebab awek ko tu kwn baik aku,dah lame dah aku kerjakan ko.huh!geram gile!pastu,ak dgn geng2 aku chow tgok wyg cite spy next door.best2!!ily jackie chan....huhu...balik smp rumah dlm kol 6.malam tu keje pulak.adeh!mane x penat.


Besoknye plak aku gi mid.sebab aku dah janji dgn eva nak jumpe.eva dah jnji nak blanje akul.aku smp mid mcm nak kol 12 cam tu la.jupe eva dgn shaq kat depan mcd.kali ni x tgok wyg pon.ktorg jenjln je.aku cam segan je dgn shaq.yelaaa.kat samura aku mane penah ckp dgn dia.aku tgok dia lagi segan dgn aku.hahhaa.aku lepak2 je.layan je.x byk sgt pon ak sembang dgn dia.x de mende pon nak sembang dgn dia.xkesah laa.janji aku dpt kuar dgn eva sudeh.rindu ar kat dia.dah bpe bulan x jumpe.memandangkan eva dak dorm yg plg aku rapat.mase gi mid tu ktorg singgah the gardens.minum kat paparich.hehe.saje je nak tunjuk kat eva tpt kafe yg aku keje tuh,hehe.aku blanje dia.aku blek dri mid dlm kol 5 cam tu.1st tym aku rase best bek komuter.sebab spjg pjalanan nak ke kepong sentral aku duduk.hahaha.x de la sakit kaki aku ni berdiri aje.adoiiiiii....malam nak keje lagi....malam tu lembik aku.bape kali menguap.penat thp dewa.adoiiiii



p/s:this week aku lagi busy.aku x kan ade kat umah tym pagi smp malam.tgok schedule aku mgu ni



isnin 9/2-pagi=gi sekolah,cegu harisson nak blanje.amek gbr nak wat pasport
-malam=keje cam biase 8 smp 1 pagi
selasa10/2-pagi=gi wat pasport kat putrajaya(pagi2 bute dah pegi,mengantuk!)
-malam=keje cam biase
rabu11/2-pagi=kelas memandu
-malam=keje cam bese
khamis12/2-pagi=tido,tido dan tido.(aku free la tym neh)baca eclipse
-malam=keje cam bese
jumaat13/2-pagi=kelas english bermula
-malam=keje cam biase
sabtu-pagi=pergi umah peah kot
-malam=keje(raya cine pon aku keje)