Saturday, July 17, 2010

UiTM dihatiku

Assalamualaikum,hai and hello.

wahhhhhhh.sudah lame tidak berblog.haha.almaklumlah sudah busy dgn kehidupan seharian sebagai mahasiswi.haha.baget gile aku.untuk pengetahuan korg,aku sangat bahagia di sana.aku telah dikurniakan housemate yg baik dan havoc sekali.ahhhhhh.aku sgt sayang mereka.walaupun ktorg kenal tak sampai sebulan pon lagi,ktorg dah boleh get long antara satu sama lain dan yg pastinya ktorg sangat unite!haha.tibe2 teringat kat budak2 dorm pulak.budiman satu.rinduuuuuu sangat!dulu dalam dorm 16 orang.sekarang housmate ade 8 orang.sekarang dah nak masuk minggu keempat aku kat sini.kelas pon dah bermula.alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.sekarang asignment tak banyak lagi.aku ditempatkan di group B.kelas ni ok laa.cume aku tak berapa nak rapat lagi dengan classmate aku.tapi aku akan cube rapat.dah 3 tahun aku jadi budak baru.benci btol.first masa form 4 kat samura then masa form 5(kene tukar kelas).dan sekarang life kat u.so,dua tahun pengalaman menjadi budak baru tak la susah mane pun.cume kena jadi peramah la.baru org kata kite ni tak sombong kan.huhu.anyway,aku sangat bahagia kat sini.kehidupan aku tak sama macam kat samura dulu.tapi aku harap sangat dekat sini lah aku akan berjaya,aku taknak ulang kesilapan yang aku buat masa spm dulu.tapi aku takut.keyakinan aku mula luntur sebab course yang aku ambik ni bukan bidang aku masa spm dulu.so,agak susah utk aku carry.dah la fast track pulak tu.mati aku.dulu budak bio,skang jadi budak akaun.jauh menyimpang aku neh.haha.tapi takpela.i'll try to do the best.so sape2 yang baca blog aku ni,doa2kanlah aku berjaya ye.mudah-mudahan kita semua berjaya dalam hidup ini.aminnn.

p/s:20/7 besday aku.sape wish dgn mghntr msg kat aku akan dapat free kol dari aku.HAHA.excited plak first tym guna free kol nih.hihi



Wednesday, June 2, 2010

entah


ASSALAMUALAIKUM...


wahhhhhhhh....dah bape minggu or dah bape bulan tak update ni?hahaha
saya bukan malas ye,sebenarnya saya ketandusan idea untuk menulis blog.
tapi hari ini 3jun2010 tibe2 ade idea pula nak tulis blog.hehe
kira-kira hanya tinggal 23 hari saja lagi sebelum melangkah ke alam universiti.
alhamdulillah,step pertama sudah dilaksanakan.baru buat medical check up
last week dengan FATIN HARTIQAH ASMIEZA BT BAHARUDDIN (panjang wehh name
kau).itu je lah yang baru buat.yang lain tak buat ape lagi.mak sudah bising suruh fotostet dokumen2 yg berkenaan untuk disahkan.tapi aku buat dekk je.hahaha.
nanti lah buat.masa masih panjang.semalam sembang dgn mak.mak seperti risau akan perbelanjaan apabila aku masuk uitm tu nnt.aku cuma berdiam diri.aku rase serba salah pulak.lepas ni mak terpaksa lah kuar duit lebih untuk aku.




lihat gambar diatas.hehe.gambar ni diambil masa MAC kat samura.walaupun aku bukan penerima anugerah aku tetap datang memeriahkan majlis.sanggup ouh dtg dari KL ke muar semata-mata nak gi samura jumpe junior dorm.dorm BUDIMAN SATU sudah lain sangat.makin cantik.walaupun dorg cat mcm comot sikit.hehehe.super junior ramai.11 orang.ohhh yeah!malam tu aku diberi peluang buka majlis masa al-mulk.wahhhhh..rindu nye masa ni.dah la kat rumah jarang baca al-mulk.masa baca tu pon sangkut2.hahaha



p/s=nak tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN
tapi macam takde orang nak teman.
nak ajak geng aku mesti sume tak nak
dorg mane layan cite melayu ni.
sape nak teman aku neh??=.=

Tuesday, May 4, 2010

UiTM.langkah pertamaku...

ASSALAMUALAIKUM.....

lamenye tak update blog.haha.1 may yg lepas,keputusan IPTA telah diumumkan.tapi aku tak check masa 1 may tu.malam 30 april tu dah keluar dah keputusanya,and aku sangat gembira sebab aku dapat jurusan yang aku nak.walaupun ini pilihan kedua aku.aku dapat jurusan DIPLOMA PERAKAUNAN kat UiTM.alhamdulillah,syukur dgn apa yg Allah kurniakan buat aku.walaupun kawan2 aku yang lain dapat course yang lebih baik,maksud aku ramai yang dapat course asasi di UM dan sbgainya,aku tetap syukur dgn apa yang aku dapat.daftar 26 june.wahhhh.lamenye lagi.btw,aku dah benti keje kat koperasi tu.rase menyesal plak sbb tak tahu pas ni nak buat apa kat rumah.hehe.ouh lupa nak bagitahu.aku dapat Uitm shah alam.actually,aku pon x berapa jelas dgn Uitm mane yang aku dpt.either shah alam or puncak alam.sebab kampus aku B3 - UiTM Kampus Seksyen 17
mak aku cakap kampus ni kat shah alam.so,ape2 je la.tak kisah la mana2 pon.sekali lagi aku bersyukur ditawarkan ke Uitm yang dekat.so tak payah la susahkan parents aku lagi nak hantar aku jauh2.hee~~

tapi aku rasa mcm tak best la plak dapat dekat.kalau boleh nak jauh sikit.sebab boleh travel.hehe.ape2pun aku memang tak sabar nak hadapi kehidupan kat universiti nanti.harap2 sumenye berjalan dgn lancar sampailah aku graduate nanti.mungkin dalam masa 5 atau 6 tahun nanti,aku bakal jadi akauntan bertauliah.aminnnn.semoga impian aku tercapai.aminnnn.......




Saturday, April 17, 2010

matriks ku

Assalamualaikum.hari ni post aku pasal matriks.aku dapat KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.ciss.lain yang aku mintak lain yang aku dapat.tapi,aku ade mintak ke matriks ni hah?lupe la.sebab aku tukar 2 kali.yang aku ingat 1st choice perak,2nd johor,3rd melaka.haishhh.nape aku pilih perak?sebab ak nak pegi belah utara plak.dekat dgn kampungku.hee.dah lama tak balik kampung ouh.

nak pergi ke tak nak ni??ramai yang ckp tunggu upu.tapi kalau tak dapat course yang aku nak camne?adoii.tensen betul lah.takpe2.kalau tak dapat aku akan pergi matriks.yes!aku nekad ni.haha.ouh yeah,ramai betul budak samura dapat matriks negeri sembilan ni.terasa sikit lega dan seronok.haha.btw,geng f7+1 aku,cuma husna sorang je same.yeah!una..i love you.haha.tension betul lah fikir pasal masa depan ni.ishhh....

Monday, April 12, 2010

lesen oh lesen

Bile la ak nak dapat lesen ni hah?kelas dah bape jam pon ak tak kire.test pon tak start lagi.ak dah cukup konfiden dah ni nak test(lebih dri konfiden ak masa jawab spm)haha
mintak2 pass la test jpj ni.aminnnnn.tapi ak dah ade lesen ni pon bkn boleh selalu drive pon.x de keta nak bawak lah.keta mak ak NISSAN X-TRAIL besar gedabak ouh.x berani nak bawak lah.so,kena la pujuk ayah suh beli myvi ke,proton saga ke.haha
(bajet ayah ak nak beli pulak,result spm ko biasa2 je lah,cik aliaa oiii!!)heishhh.....


semua orang sibuk interview sana sini.
jeles sial dgn korang!ak tiap2 ari baca status korang kat facebook
nervous lahh..wehhh cuak la besok....siap post tips untuk interview lah...
tah amende tah korg nih.
haha.btw,tahniah la buat korg yg dapat tawaran biasiswa tu.(jeles doeh)
aku ni tensen gile pikir psl biasiswa ni.mane nak cari lagi
ade ke biasiswa untuk pelajar yg bukan straight a pon boleh dpat ha?
adoiiiii............
takpe2,ak yakin ni semua ujian yg Allah bagi untuk ak.ada hikmah di sebalik semua ni.maybe rezeki belum sampai.doa je la.
yang dapat biasiswa tu,once again congrats.jgn la sia2 kan peluang yg diberi.
ok bye!

p/s=masih tidak dapat lupakan madinah dan mekah.nak pergi lagi!!!kalau boleh ak nak stay terus kat sana lah.tolonglah!!!ak sgt cintakan masjidil haram.rindu nak solat jemaah kat sne.plus rindu gile nak main 'rugby' dgn makcik2 dan nenek2 arab dekat pintu keluar masjid.haha

Saturday, April 3, 2010

umrah








ASSALAMUALAIKUM....khaifa halak??ceceh....dah pandai siot aku cakap arab sejak balik umrah ni.perjalanan 10 ari yg sgt2 memuaskan.aku seronok tak terkata dah ni.walaupun sedih meninggalkannya.seriusly,aku sedih tinggalkan mekah,tinggalkan rutin seharian aku selama 10 hari ni.bila agaknya aku boleh pergi umrah lagi kan?heee....


tanggal 21 mac.pada tarikh ini lah aku berlepas.flight pukul 3.mood excited tahap gaban ar.first time ouh naik flight.tapi,dugaan dan cubaan bermula kat sini lagi(KLIA).lepas solat zuhur,cari ayah tak jumpa.ingat dia sesat or pengsan ke apa.penat aku dgn mak aku cari.padahal ayah dah masuk flight dah.ahhhh....lega.perjalanan ambil masa 8 jam.adoiii.lenguh kaki aku.dah ar seat economy.sempit giler!!makanan kat flight seriusly tak sedap langsung.wekkkkk....tapi nak wat cane,telan je ar.stewardess dia x cun mane pon ouh.dah ar garang...bweekkkk!!!benci gile..haha.




seatku tepi tingkap ouh...best2!!



sampai kat airport jeddah masa maghrib (waktu msia=12 malam).sekali lagi kesabaran diuji.dekat imigresen dia paling x boleh belah ar.tunggu lama giler.tak sistematik langsung ouh.dekat satu jam setengah tunggu nak lepas imigresen.plus staff yang sangat kurang ajar.tak ade budi bahasa langsung.hampeh!!


ni lah imigresen jeddah

perjalanan diteruskan lagi.kali ni menuju ke madinah.8 jam lagi naik bas.adoiiii.gile arh.semput aku.dah la penat naik flight,plus 8 jam lagi naik bus.adeh.sabo2.

sampai madinah waktu subuh.check in dah terus masuk bilik.bilik hotel not bad ar.besar dan selesa la jugak.lepas solat subuh kat dalam bilik terus turun bawah.mutawif2 membawa kami ke masjid nabawi.cuaca madinah agak sejuk.best ouh.aku agak teruja bila kaki ku menjejak ke dalam masjid nabawi.lawa.tu je yg boleh ak gambarkan.seriusly,lawa sgt2!!mutawif membawa kami jalan2 sekitar masjid nabawi.yang lelaki dibawa ke tempat makam rasulullah s.a.w ditempatkan.perempuan tak salah aku tak boleh masuk.tak tahu kenapa.kami yg perempuan hanya boleh masuk ke rhaudah sahaja.lepas tu kami yang perempuan ni masuklah ke masjid nabawi.sebelum masuk,beg kena check.tak boleh bawak masuk handphone.strict ouh guard kat sini.nak tergelak aku diorang boleh cakap melayu.tapi x de lah melayu sgt,more kpd indon ar.haha.


entrance masjid nabawi



ziarah di madinah pula.first2 pergi ke masjid quba' iaitu masjid pertama dalam sejarah islam.masjid ni juga merupakan masjid ke4 termasyhur selepas masjidil haram,masjid nabawi dan masjid al-aqsa.lepastu pergi jabal uhud atau bahasa melayunya bukit uhud.kat bukit uhud ni ada satu tempat perkuburan,iaitu kubur saidina hamzah.perjalanan diteruskan lagi ke kebun kurma.pokok semua takde buah la.sekarang musim sejuk.utk pengetahuan semua pokok kurma hanya boleh berbuah pada suhu 50 darjah celcius.panas doeh.
ni lah masjid quba'




jabal uhud


kat sini lah kubur saidina hamzah



kebun kurma
ustaz hanafi yg ambilkan fotonya.makasih ya ustaz
selamat tinggal madinah.tarikh 24 mac,kami gerak menuju ke mekah untuk menyuempurnakan ibadah umrah.niat miqat di bir ali,solat sunat ihram di sana juga.perjalanan mengambil masa 5 jam kot.(ak x kire bape jam,bangun2 dah sampai)haha.sampai mekah pagi2 buta.sampai hotel(bilik kecik,x berapa nak selesa.better lagi madinah)letak barang then terus turun.tunggu ustaz hanafi.lepas tu terus menuju ke masjidil haram.besar gile masjid ni.lawa!!!mood excited gile.lagi2 bila tgok kaabah depan mata.masa ni aku tak sangka ouh.selama ni tgok kat tv je.at last,aku dapat tgok secara live lagi tuh.perghhhh.rase nak nangis pon ade.mula2 sampai buat tawaf 7 kali pusingan keliling kaabah.masa ni tak panas.sebab time malam.lepas habis tawaf buat saie.yang ni penat sikit ouh.tiap2 ari buat kurus aku.dah habis saie boleh la bercukur.so,bebas lah dari larangan ihram.wahhhh...x de la susa sgt pon.hehe.masa ni subuh ak tak pergi solat kat masjid,penat punye pasal.



ni dia masjidil haram


menuju ke kaabah

ziarah luar pula.mula2 pergi ke jabal thur.jabal thur ni sejarahnya tempat persembunyian rasulullah dan saidina abu bakar.lepastu pergi ke jabal rahmah.kat sini lah tempat pertemuan nabi adam dgn siti hawa setelah berpisah berpuluh-puluh tahun.ustaz kata,kat sini tempat ramai org cari jodoh.entah btol x ni.haha.nak je aku tulis nama aku dgn name tuttttttttt kat bukit tu.hehe.aku,ayah dgn mak sempat naik bukit ni.tapi yg sleknya,dekat tangga tu bersepah dgn pengemis.plus org jual2 kat situ.crowded nye lah tempat tu.

jabal thur




tinggi ouh aku daki jabal rahmah ni


keesokan hari nya.ziarah diteruskan lagi.kali ni pergi ke ladang unta.haha.comel gile unta2 tu.kat sana boleh rase susu unta.tapi aku tak rase pon.geli aku susu2 ni.next,menuju ke masjid hudaibiyah.aku x berapa fokus la time ni.ustaz tu sebuk cerita pasal sejarah masjid tu.aku buat dek je ouh.haha.bosan.then,pergi ke muzium.pastu balik hotel.




pengembala unta tgh perah susu unta




masjid hudaibiyah



muzium


30 mac merupakan hari terakhir aku di mekah.teramatlah sedih.rase berat gile nak balik.masa tawaf wida',aku nangis.sedih nak tglkan rutin harian aku selama ni.sedih nak tinggalkan masjidil haram,kaabah.alhamdulillah.aku sempat berdoa kat hijir ismail(tempat mustajab berdoa),aku harap sangat aku diberi kesempatan untuk melawat tanah suciMU lagi ya Allah.aminnnn..sungguh,ini merupakan kenangan plg manis dalam hidupku..


bertolak ke airport jeddah petang.flight pukul 11.30 malam.jenuh ouh tunggu.haha.ada satu kejadian sweet berlaku kat airport ni.tak boleh cerita.nanti kalau si dia baca blog ni,kembang pulak.maleh ar.ouh yeah.lupa nak tambah.aku demam siot time ni.ahhhhh..nasib baik ar dah nak balik.dalam flight asik tido je.so x de la rase lama sgt dalam flight.alhamdulillah,at last aku selamat pergi dan balik.pengalaman paling manis.semanis kurma(byk sgt mkn).


p/s=kepada geng2 f7+1,emma,peah,wani,anas,dan sipot
ade ole2 nak bagi korg ni
kapan mau jumpa ni?
rindu korang semua!



Saturday, February 20, 2010

kelas memandu



Tangan aku lenguh gila nak mati gara2 pegang stereng kereta.adoiiiiii...dgn kaki2 aku skali.bukan senang doe nak bwk kereta ni sbnrnya.bagi aku laa.parking,dgn tiga penjuru aku dah oke.naik bukit???adoyaiii...susah gile doeh.aku rase mende ni plg payah skali.pak cik suhaimi yang ajar aku bwk kete ni pon cam tensen je aja aku yang x pas2 lagi naik bukit ni..cisss....sabo2.ishhhh...mcm susah pulak laa aku nak dpt lesen P ni.


contoh kete yang aku drive..kekeh




arini aku masuk keje agak lewat,tapi b4 kol 8 arh.sampai2 je tekejut gila aku.pehal kecoh semacam je paparich ni.rupa2 nya ade show lion dance.rugi doe aku dtg lambat.klu x mst dpt angpow dri lion tu.hehe.ade family big boss kat dalam.cuak aku bila big boss tu pgil aku.rupannya nak minx warm water 5 gelas.aku pon pegi la cakap kat mandy kat kaunter cashier.aku ckp kat dia meja 6 minx warm water 5 gelas.rupanya big boss tu kat meja 7.adehhhhh....tersilap cakap pulak kat mandy.ishhh,gelabah punya pasal.

tgok gbr coklat kat atas ni.ni hahhhhh.coklat ni,anak pompuan big boss aku yang bagi,a.k.a future wife mr jefferson(boss aku yg ensem).aku rase coklat ni dia beli mst mase dia tgh fly kat overseas.dia ni sbnrnye pramugari.cun gile doeh!


p/s:dgr cite result spm akan dihantar kat JPN 28 feb ni.so,result spm aku diumumkan 16 mac.aku dgr cite laa.tym ni sume dak2 plkn dah balikso aku rase btol la ni.adoiiii...cuak seyh.bape la yg aku dpt utk spm ni.


"YA ALLAH,KAU KURNIAKANLAH AKU SEBUAH KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG KEPADA KU SERTA RAKAN2 SEPERJUANGAN KU YANG LAIN.SESUNGGUHNYA AKU HANYA MAMPU BERTAWAKAL KEPADAMU DI SAAT2 AKHIR INI YA ALLAH.AMIN...."