Monday, April 4, 2011
i will miss her so much.Siti Fatimah Md Zaidi
Sunday, March 27, 2011
unexpected gift from him
Thursday, March 24, 2011
proud to be SAMURIAN
Lepas bangun subuh terus bukak netbook.dan terpandang akan tarikh hari ini.25 mac 2011.OMG!lupa tarikh semalam.24 MAC.tarikh yang tak mungkin aku akan lupa seumur hidup aku.tapi aku lupa gak.kenangan 3 tahun lepas bermain di fikiran.pada tarikh 24 mac 2008,hari pertama ku melangkah ke SAMURA.SAMURA atau SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR.aku disambut oleh Penolong Ketua Pengawas iaitu kak Laili dan dibawa ke Dewan Makan untuk pendaftaran.suasana yang sangat meriah dengan pelajar-pelajar baru yang nak mendaftar.ohh yeah,lupe nak bagitahu.aku second intake.lepas daftar aku dibawa pula oleh Kak Yan ke dorm aku.nama dorm BUDIMAN SATU.first time masuk dorm.wahhhh.lawanye dorm ni.terasa excited plak time tu.yelah.selama ni mana pernah share bilik dengan sesiapa.sekali kena share bilik dengan 16 orang.wahhh.bestnye.lepas habis urusan pendaftaran dan sebagainya,mak dengan ayah pulak dah nak balik.terasa sebak sangat time tu.first time berjauhan dari family.tapi aku tak nangis time tu.hahah.kuat kan aku.ok bye2 mak,ayah,madir.
Dan bermulalah episod2 baru hidupku di Samura.hari orientasi tak lah penat sangat macam budak2 first intake kena.disebabkan jumlah second intake yang tak ramai so orientasi ktorg biasa2 je.dengar taklimat daripada cikgu2 dan pengawas2.pewhhh.lega.msa malam pertama aku kat samura,aku dibawa ke kelas.masa budak2 tu tgh prep.dapat masuk kelas 4Bijak.first impression aku bila masuk kelas ni.semua tengah study.gila rajin budak2 neh.lepas prep,pukul 10.30 malam semua pelajar balik ke asrama.malam pertama di dorm.sebelum light off pukul 11 malam kena baca surah Al-mulk.lepas al-mulk aku diminta oleh senior2 dorm untuk memperkenalkan diri.masa ni 3 org budak second intake aku,yana dgn wani.masa nil ah baru aku kenal sorang2 budak dorm aku.semuanya ada 16 orang.5 orang senior 11 junior.wahhhh.ramai betul junior.terigt masa malam tu.tak boleh tidur.kena biasakan diri dulu dengan tilam baru.seksa jugaklah nak paksa aku tidur masa tu.macam2 aku fikir.boleh ke teruskan hidup kat sini?haish.maka berakhirlah kisah Aliaa pada hari pertama di SAMURA
Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya tamat kan pengajian kat sana sampailah habis SPM.masih segar diingatan saat2 terakhir SPM.hari last tu paper chemistry.mcm2 perasaan ada masa tu.gembira,lega,sedih.gembira sebab dah habis spm.hilang segala penat lelah aku selama ni.sedih sebab berpisah dengan kawan2 esp budak2 dorm aku.
Aku rindu sangat kenangan kat Samura.Yelah.2 tahun aku kat sana.macam2 pengalaman aku dapat.dan macam2 ragam manusia dah aku tengok.hahaha.sumpah aku cakap,aku tak menyesal langsung masuk SAMURA.walaupun result spm aku tak lah hebat mana.aku tak dapat straight A pon.maybe takde rezeki.nak buat mcm mana.memang aku frust sangat2 masa tu.tapi bila difikirkan balik tak guna lah nak sedih2.bukannya aku fail pon.bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi.ada hikmah disebaliknya.sekarang ni,dah dapat masuk U pon dah bersyukur sangat.dengan course yang aku amik ni boleh dikatakan setaraf jugak lah dengan orang yg excellent result spm nye.
ok.result spm 2010 baru keluar.berita sedih buat semua warga SAMURA.dengar cite SAMURA tak dpt top ten SBP.no 11 tak silap.tak pe.jangan sedih.SPM tiap2 tahun ada.berusahalah wahai adik-adikku untuk naikkan lagi nama SAMURA.
form 5 classmate.cerdikidsfreak
BUDIMAN SATU ASPURI 2009Friday, February 25, 2011
tak tahu nak letak title apa laaa
our Abang won the pilihanraya for the jawatankuasa perwakilan pelajar.TAHNIAH!we are very proud of you Abang!ni la dia rupa JPP fakulti teknologi kreatif dan artistik.
makan ABC coklat kat seksyen 2.Friday, February 11, 2011
khas untuk orang yang menantikan kebahagiaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja cinta itu mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikanlah cinta terus mekar di dalam hati anda. Kita cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi kita mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya daripada mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ia menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
