Sunday, November 21, 2010

kisah Mr.H

salam and hye semua.lihat title dia atas.Kisah Mr.H.post kali ni aku nak cite pasal apa yang berlaku malam tadi.malam tadi aku hantar sms kat Mr.H tanya dia pasal stpm start bila.tiba-tiba je dia ni ungkit kisah 5 tahun lepas.5 tahun lepas iaitu bersamaan dengan tahun 2005 sama dengan time ni aku baru form one.masa form one la aku kenal Mr H ni.time ni aku baru masuk sekolah menengah.(mcm org len tak tau plak,da form one mesti la sekolah menengah).haha.Mr H ni kirenye peminat aku laaa.nak bagi korg lebih faham dia ni suka kat aku.Mr H ni pengawas dan dia ni agak femes la dlm kalangan budak2 perempuan form one.aku pon tak tau kenapa.rasanya bebudak tu fikir dia hot kot.ishhh.geli je aku dgr.aku igt lagi dulu aku salu gaduh dgn dia.aku pon tak tahu kenapa.aku rasa dia ni sangat annoying laaaa.heisssshhhh.aku memang tak suka sangat dia ni.

satu hari tu ada org bagitau kat aku Mr H ni suke kat aku.pewwhhh.aku mcm tak percaya plak.ye laa.dulu dia ni suke kacau aku.tapi cara dia kacau aku tu,memang sangat2 membuatkan aku benci dia.plus aku pon suke kacau dia.cara aku kacau dia pon boleh dikatakan boleh buat dia benci kat aku.dulu time lower form memang aku ni nakal sikit.sikit je laaa.haha.since aku tau dia suka aku,time tu la dia start bagi love letter kat aku.tu la love letter pertama aku.salu aku dengar bila pompuan dapat first love letter dorg mesti simpan surat tu.tapi aku bukan mcm tu.lepas je baca surat tu aku terus koyak dan buang.walaupon dalam hati aku sedikit bangga dapat love letter tu.haha.entah laaa.masa ni aku form one kot.apa aku tau pasal cinta2 ni semua.haisshhh.oh yea,lupe nak bgtao Mr H ni form two tym ni.

aku pelik betul laaa.time aku form one ni la ade orang suka kat aku.time form one ni dah la tak tahu apa2 pasal cinta,couple jadah sume ni.dan masa ni la first time aku start kapel.wahhhhh.macam tak percaya je doe.ehhhhh,jgn salah faham plak.time ni aku tak kapel dgn Mr H ni.aku kapel dgn Mr K.kirenye ade dua orang la suka kat aku.time ni aku bodoh2 lagi.tak pasal2 aku gi trima tawaran kapel dgn Mr K.haha.so,aku pon dah melukakan hati Mr H.sorry Mr H.

aku tak nak cerita sangat la pasal Mr K ni.sedih siot kisah cinta aku dengan dia.rasa macam cinta terlarang plak.boleh dikatakan dia cinta pertama aku laa.haha.tapi ktorg still lagi contact each other.rapat macam dulu gak.tapi skang dia dah ada awek.aku je takde sape2 lagi.cis.ade perasaan cemburu di situ ye.

ok.kembali balik pada tahun 2010.lepas spm aritu aku dgn geng2 F7+1 kerja kat koperasi skolah lama ktorg tu.dan sejak aku kerja kat sana aku start contact balik dengan Mr H.dah lama sbnrnya aku tak bertegur sapa dgn dia.lepas je aku habis form 1 memang x tegur dia langsung la.sebab dia sekolah pagi.form 3 kan dan aku form 2.dan pastu masa form4 aku pindah sekolah.kire dah lama gila la x bertegur sapa.

time aku kerja kat sana aku terkejut gak jumpa dia kat sekolah.rupanya dia amik form six.ada satu hari tu,form six ada wat program diorang yang melibatkan koperasi.so since hari tu ktorg start bertegur sapa dan exchange no phone.dia ckp kat aku malam tadi yang dia happy sangat2 dapat no phone aku.hekeleh.aku biasa je,dia plak yg lebih2.cis.malam tadi lah dia start luahkan perasaan kat aku.dia cakap dia memang suka gile2 punya suka la kat aku.pelik2.dah 5 tahun berlalu dia still tak dapat lupakan aku ke??haishhh.then,aku pon tanya la dia knapa dia suka sangat kat aku.

aku:kenapa kau suka kat aku?
Mr H:aku suka keperibadian ko,cara ko berckp,ur behaviour,ketaatan ko pada Allah.
aku:ouh ye er?anyway thx la sebab suka kat aku.

pewhhh.tak pernah lelaki cakap mcam ni kat aku.dalam hati aku,aku rasa agak seronok la gak sbb ada gak lelaki yg suka aku.bukan senang tau org nak jatuh cinta kat kita.tapi aku rasa aku tak boleh nak balas cinta dia lah.hati aku ni tak terbuka lagi nak terima mana-mana lelaki,even aku ada minat sorang laki ni.aku suka kat laki tu since aku masuk uitm.haha.dah2.aku tanak cite pasal dia.

dear Mr H,
aku nak mintak maaf sangat2 kat kau.aku memang tak boleh nak balas cinta kau.anyway thx sebab suka kat aku,hope one day ko jupe perempuan yang lebih baik dari aku.utk pengetahuan kau,aku ni tak la baik sangat.aku ni nakal sikit tau.hehe.semoga persahabatan kita kekal lama.=)



p/s:bila agaknya cite Alisa kat tv3 ni nak habis?haha.masa aku tulis mende ni aku tgh tgok cite ni.hensem gak kan hero dia.=)


I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.


poem ni takde kene mgene dgn sapa2 pon.tiba2 aku terbaca kat satu web site ni.rasa sweet plak bila baca banyak kali.hehe....








































Saturday, November 20, 2010

tamat la sudah satu perjuangan



dah lebih seminggu ak balik cuti sem baru terbuka hati nak update blog.dah berhabuk blog ni.ade ke org nak baca?haha.anyway thx kepada junior aku MUHAMMAD FURQAN yg beria-ia suruh aku update blog.seronok sgt ke baca blog aku ni?haha oke2.post kali ni aku nak cite pasal berakhirnya sem satu aku kat uitm puncak perdana.haha.dah seminggu lebih cuti sem baru nak cite ke?tah pape aku ni.takpe2.aku nak cite gak.tapi sikit je laaa.sebab aku malas la nak tulis pjg2.heeee =)))

aku rase sem 1 ni agak mencabar doe.yelaaahhh.dah la budak fast track accountancy.plus aku ni takde basic langsung pasal akaun.mmg zero laa.dulu dah la budak sekolah sains.tup2 masuk u amik akaun.mmg stress la gak aku.tapi Alhamdulillah.akhirnya aku dapat gak lalui sem1 wlpon banyak ujian.maklumlah,tibe2 masa sem1 ni kena jadi ad-hoc untuk JPK.memang busy gile laaah.ooo yeah,JPK tu stand for JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ.JPK ni la yang handle sume program kolej.aku dah buat satu keputusan,yang aku rasa akan mengubah cara hidup ke utk sem2 taun depan iaitu dgn melepaskan satu peluang utk menjadi JPK.aku,kd dgn afiqah buat keputusan ni sbb ktorg tak boleh nak bahagikan masa.tu je reason dia.hee =).biarlah org nak ckp kami ni tak professional ke ape.yg penting kami dah buat keputusan yg kami rasa betul.kan2????


errrrr....cite pasal final exam plak.pewhhhhh.first time exam kat u.mengelabah laa first day tu.padahal paper CTU je.haha.Alhamdulillah.habis sume paper aku jawab.serius aku cakap final exam ni susah tahap dewa-dewi laah.tapi aku buat je pe yg aku tau.aku dah berhempas-pulas utk sume paper.stay up smp pagi.pastu bangun pagi2 siap2 gi library.harap semua usaha yang aku buat ni berbaloi.aminnn.tetibe terigt kenangan kat library.haha.salu gak la aku lepak kat library tuh selalu dgn housmate aku,syidah dgn shah dan tak lupe gak dgn afiqah.yang paling aku tak leh lupe ktorg salu makan coki2 kat dlm tu smp dustbin penuh dgn plastik coki2.



ni contoh gambar coki2 kpd sapa yg tak tao coki2 tu ape


last paper adalah pada 10.11.2010 iaitu paper MGT 153.pewhhhh.killer paper bai....susah doe paper last ni.dah la ketas kaler pink.setahu aku kalau ketas dia kaler pink mmg tahap yg susah la tu.papepon paper tu dah lepas.tak yah la igt2 lagi.haha.tunggu je la result tu nnt.haisshhh.dah la carry mark aku ciput je utk MGT ni.habes aku.- ______-.dan pada petang itu tepat pukul 5.15 merdeka la kami semua bebudak sem 1 fast track accountancy ni.maka berakhirlah satu perjuangan aku.=)))


masa untuk berfoye-foye plak.pada 11.11.2010,aku dgn geng2 aku gi sunway pyramid.geng2 aku ni terdiri drpd 7 org.mereka adalah kd,syida,afiqah,shah,fahmi dan afiq.next sem geng ni tinggal 6 org.sebab afiq dah takde.hurmmmm.sedih gle kot.afiq ni dah la baik pandai plak tu,tapi dia takde rezeki kat uitm puncak perdana sbb next sem dia tuka uitm lain plak.huwaaaaa...afiq!!nape la kau pegi tglkan ktorg??!!tapi takpelahh.ktorg sume respect dgn keputusan kau.masa kat sunway ni ktorg makan,main bowling dan yg plg best cari hadiah utk afiq.haahaaa.time ktorg gi cari hadiah utk dia,dia sedap2 tido kat popular.sampai ktorg gi mane pon dia tak sedar.so sng kerja ktorg cari hadiah nak wat suprise kat ko fiq.bagus2!haha.


banyak btol kenangan masa sem satu ni.banyak gak perubahan yg berlaku dalam hidup aku.kehidupan aku memang tak sama lah kalau nak dibandingkan masa aku jadi budak sekolah dulu.perubahan yang bagus.aku suka.heeee~~apa2 pun aku harap satu-satunya impian aku since aku jejakkan kaki kat uitm ni akan terlaksana dgn izin Allah.amin.


p/s:furqan,next post je la akak cite pasal koperasi tu ye.hehe...=)